CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 25, 2009

InDex CenBuRu LelAki MenGikUt HoRoskoP
Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…
Aquarius
-Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.Indeks: xxx
Pisces-
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.Indeks: xxxxx
Aries
-Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.Indeks: xx
Taurus
-Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.Indeks: xxxx
Gemini
-Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.Indeks: xxxx
Cancer
-Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.Indeks: xxxxx
Leo
-Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.Indeks: xx

Virgo
-Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.Indeks: xxxx
Libra
-Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.Indeks: x
Scorpio
-Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.Indeks: xxxx
Sagitarius
-Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.Indeks: xxx
Capricorn
-Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.Indeks: xxx

Sunday, March 8, 2009


MASIH SAYANG PADAMU


Biarpun masa telah lama berlalu


Namun diriku masih tidak dapat melupakanmu


Masih merinduimu


Bermimpi tentang dirimu


Membayangkan dirimu di sisiku


Dan masih menyintai dirimu seperti dulu


Meskipun aku yang lari dari mu


Hati ku masih pada mu


Menyayangi sidia tak sama seperti aku menyayangi diri mu


Ku cuba lupakan kisah kita


Makin kuat ia mencengkam diri ku


Perasaan cemburu itu masih seperti dulu


Diri ini enggan menerima engkau mendapat pengganti ku


Kepura-puraan ini bilakah kan berakhir


Benar ku cinta padamu


Kenangan kita dulu tersemat kemas dalam ingatan ku


Tak mahu aku lupakan


Pahit manis kenangan itu


Berharap enkau masih menunggu ku


Walau diriku bersama sidia sekarang


Semoga kita dapat mulakan kehidupan baru bersama


Menuju kegemilangan


Bahagia bersama


Memupuk kembali cinta yang hangat dulu


Itulah angan ku dengan mu



Ha... Ini lah geng-geng ku yang aku berjaya temui selepas dua sem belajar kat Politeknik Port Dicson ni.. Kiteorang ni kire kamcing gak.. Setakat ni tan penah gaduh ag r... Alhamdulillah..

Ape macam.. cun-cun x awek-awek kat atas ni?? Yang paling cun mestila yang baju coklat tu kan3??? HEHEHE

Ni kiteorang posing mase on the way nak g klas.. Agak-agak banyak mase free kteorang pun posing r jap.. Huhuhu...


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets