CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, November 16, 2009

Coretan Isi Hati Ku


Aku kini bahagia di sisi sidia walaupun hubungan kita baru setahun jagung namun aku dapat merasakan bahawa aku telah dapat mengenali siapa dirimu yang sebenar. Walaupun dirimu sentiasa sibuk dengan kerjamu, namun dirimu  tetap meluang kan masa untuk menhantar mesej kepada ku dan walaupun aku hanya menerima sekeping mesej dari mu itu sudah cukup untuk menyenangkan hati ku dan membuat aku merasa bahagia. Engkau telah berjaya mendapat kan hati ku dengan sikap mu yang penyabar. Pergaduhan memang tidak dapat dielakkan, namun dirimu sentiasa bersabar dan tenang memujuk ku. Sentiasa tenang dan tidak melenting dengan tuduhan yang aku lemparkan padamu, membuat aku semakin sayang akan dirimu. Kini ku tahu, aku memang menyayangimu tulus dari hatiku dan bukan sekadar di bibir. Semoga perhubungan kita ini kan kekal hingga ke jinjang pelamin kerana itu harapan kita berdua, dan bagiku dirimu sudah sempurna untukku dan kita memang mempunyai banyak persamaan yang menjadikan kita serasi.


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets